Thursday 29 September 2016

Matrikulasi?

Assalamualaikum, hai

lama sudah aku tidak menulis atau berblog. Harini sudah masuk bulan ke empat aku berada di tempat baru. Dimana aku temui rakan-rakan baru, yang datang dari pelbagai bangsa dan agama. Juga, aku berkenalan dengan kawan-kawan yang datang dari luar negeri yang selama ini aku tidak pernah jumpa. Aku berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang selama ini aku tidak pernah terfikir yang aku akan berada disini untuk meneruskan pelajaran selepas SPM. Semua ini perancangan Dia. Kita hanya mampu berdoa supaya dapat yang terbaik.

Pada hari pertama aku jejakkan kaki ke KMNS, aku sudah rasa tanggungjawab yang akan ku pikul selama setahun ini. Tanggungjawab sebagai pelajar dan sebagai seorang anak kepada ibu bapa ku yang berharap sepenuhnya denganku. Alhamdulillah aku bersyukur dengan kawan-kawan aku disini. Paling penting aku mendapat classmate yang sangat membantu aku untuk aku terus kan belajar disini. Matrikulasi? Susah? Ya, memang benar, tapi aku tetapkan pada diri aku sendiri dan abah pun selalu beritahu, tiada yang senang dalam dunia ni. Masakan tidak, makan pun susah dalam era globalisasi ini yang sungguh pesat dalam pembangunan ini. Classmate aku tidak pernah penat untuk mengajar subject yang aku kurang kuasai. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Tidak lama lagi Penilaian Semester Peringkat Matrikulasi (PSPM) akan berlangsung. Dan bermakna akan berakhir semester I. 

Aku harap aku dapat buat yang terbaik. Doakan aku. Semoga kita sama-sama berjaya. 

Kat bawah ni gambar aku bersama-sama Classmate sewaktu melakukan eksperimen Biology minggu lepas bersama Pn. Rozana



1 comment: