Thursday 13 October 2016

Vaterinar? Seronok kannnnn

Assalamualaikum dan Hai kawan-kawan.

 Harini aku nak cerita pasal kursus pilihan untuk aku sambung degree tahun depan. Dan ya, aku sangat excited pasal ni. Hahah tak aku tipu. Sebenarnya aku minat dengan kursus medic dan yang specific lagi aku nak jadi kursus Veterinar. Sebabnya? Of course la sebab aku sangat cintakan haiwan. Heheh sebab haiwan ni cute gilaaaa hahaha lagi-2 kucing lah kannn.. Tapi haiwan yang aku sangat minat ialah Harimau grrr kekeke ^_^ Nah gambar haiwan favourite 


Omeeyyy takkkk aauchak 


Okay aku nak cerita lagiiiii. Banyak procedure yang kau kena buat untuk mohon kursus degree untuk kau masuk Universiti.


Ni haaa aku bagi tips untuk kita semua mohon online for degree. Hope you enjoy it.




1.Sebelum korang mengisi borang UPU online, apa yang penting sekali adalah senaraikan bidang-bidang mengikut keutamaan, minat atau bidang pengajian kita. Sebagai contoh korang seorang lepasan STAM, jadi mesti bidang anda adalah bidang pengajian Islam. klik pada link ini untuk panduan Online.mohe.gov.my korang boleh pilih IPTA, kategori, dan aliran.

2. Dalam panduan itu korang boleh senaraikan universiti-universiti yang menawarkan kos yang berkaitan.

3. Kemudian senaraikan kos-kos yang ditawarkan dalam bidang tersebut,di setiap Universiti. Sebagai contoh bidang pengajian Islam, kemudian senaraikan kesemua kos yang ditawarkan setiap Universiti, kebiasaannya kos-kos pengajian ialah syariah, usuluddin, dakwah, quran sunnah.

4. Setelah semua universiti telah disenaraikan, tindakan yang penting adalah anda mestilah semak kelayakan kos yang disenaraikan dengan result atau keputusan peperiksaan yang kita dapat. Jika kos tersebut, di universiti tersebut tidak menepati ciri-ciri syarat kelayakan dengan result atau keputusan peperiksaan kita, anda bolehlah melupai atau membuang dari senarai. **P/s: jgn cuba-cuba minta kos yang tidak menepati syarat kelayakan.

5. Okay, sekarang tinggalah kos yang hanya menepati syarat kelayakan dengan korang. Sekarang boleh lah pilih, kos yang korang suka atau kos yang korang nak belajar. Ataupun pilih Universiti yang berkenan di hati. Sekarang korang dah boleh tentukan kos dan universiti-universiti yang nak pilih. Susunkan mengikut pilihan terbaik korang, nanti senang nak isi dalam borang UPU online.

6. Kalau yang belum beli no unik pin UPU bolehlah beli, kalau dah beli korang boleh teruskan untuk mengisi borang UPU online. Untuk pengetahuan korang, no unik pin UPU ni boleh dibeli di BSN sahaja dengan harga RM15.64 sen termsuk dengan GST. Semasa membeli no pin, pastikan korang dalam kategori mana SPM, STPM, STAM, MATRIKULASI dan DIPLOMA.

7. Seterusnya korang, mesti buka portal rasmi UPU di www.upu.mohe.gov.my untuk proses pertama sebelum memulakan pengisian borang online upu.

 8. Mulakan permohonan online sekarang, dan isikan semua maklumat yang bertanda star (***) dengan lengkap.

9. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan korang, yang korang senarai sebelum ini.

10. Isi sampai habis tau, contohnya korang hanya layak 3 sahaja daripada 12, maka ada 9 lagi ada kekosongan pilih je mana-mana kos yang korang nak, asalkan isi dan penuhkan sahaja.

11. Selepas isi tu, bolehlah buat pilihan samada nak hantar terus atau save dahulu. Jikalau korang pilih save bermakna anda masih berpeluang lagi untuk edit permohanan sehingga tarikh tamat. Jikalau korang pilih Sah & hantar, jadi korang dah tidak boleh edit lagi. ***p/s: Jika pilih save, jangan lupa untuk klik & sah sebelum tarikh tamat, kegagalan untuk klik pada sah dan hantar menyebabkan anda gagal mengisi borang permohonan.

12. Setelah klik sah dan hantar, korang bolehlah print slip permohonan tersebut untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Untuk pengetahuan korang, sekarang UPU dah buat untuk semakan permohonan dan kemaskini tanpa had, jadi bermakna korang boleh semak dan kemaskini selagi sebelum tarikh tamat… (Jadi korang boleh abaikan step ke 11)

Sebenarnya, pihak UPU dah keluarkan tips untuk memohon UPU, tapi untuk memudahkan korang, amir keluarkan tips munkin boleh dijadikan rujukan. Korang boleh pilih mana-mana tips mengikut kesenangan korang. Semoga Berjaya. 🙂

So aku nak kursus Veterinar. Jadi pilihan universiti aku sudah semestinya Universiti Putra Malaysia yang sangat terkenal dengan hospital Veterinar yang amat popular di kalangan Univerisiti di Malaysia UPM. So, korang ape pulak? Share lah kat bawah ni heheheh.

Pilihan kedua aku , aku minat sangat nak amik sains matematik. Sebab mathematics kannnn. Seronok kan bila buat math. Siapa ada perasaan mcm tu. hahah Sains matematik nii ada kat Uitm Kelantan hehehe jauh kannnn.

Pilihan ketiga ni tak lain tak bukan, hahah amik business.. Menyambung legasi ayahanda kuuu hehehe InshaAllah. Business ni kat UPM pon best!

Terima kasih kerana membaca.



No comments:

Post a Comment